Thursday, March 5, 2009

Hiatus...


1.3.2009 7.12 p.m

Alhamdulillah, dah nak habis pun hari kedua dalam acara hiatus aku dari dunia luar, yakni tiada contact dengan sesiapa pun. Aku sengaja berbuat begini agar aku dapat refocus on what am I doing in life. I have no contact with my friends. Antara sebabnya adalah handphone aku yang rosak buat sekian kalinya (masuk ni dah hampir enam… yes enam kali aku dilanda kecelakaan sebegini). Daripada aku buntu memikirkan macam mana nak berkomunikasi dengan rakan-rakan ku, baik aku membuat self impose hiatus daripada mereka. Saja nak mencari ketenangan dalam diri, lagipun aku have to take care of my sisters until hari Khamis, until my dad pulang daripada out station. Sesungguhnya life dengan hanya single parent memang susah. Di saat seperti ini aku akan mudah terkenangkan arwah my mom yang tersayang.

Anyways, these last 30 plus hours has gotten me to get back on track a bit about my life. Several perkara yang telah aku dapat resolve kan adalah seperti berikut:

a) Menghabiskan musim ke 14 aku dalam Football Manager. Agak penting akar aku tak terlalu tense dalam mengahadapi hari-hari hiatus yang mendatang.

b) Mengambil keputusan yang that’s it, no more girls in my life sampai at least selepas degree. Aku terasa berat untuk ada relationship yang serius. Dah serik. For me, baik aku admire sahaja gadis-gadis yang aku suka. I need to love and do not need to be loved back.

c) Sah, aku akan choose bidang broadcasting apabila degree nanti. Setelah ambil kira the pro’s and con’s of both bidang yang aku sangat interested in (broadcasting and journalism), aku memilih broadcasting. Impian aku kini ialah membuat award show sehebat 81st Grammy Awards yang telah aku watch pada malam semalam (easily the best Oscars that I had ever seen).
Well, setakat ni tiga sahaja perkara yang dapat aku selesaikan setakat ni. Moga hari - hari hiatus yang mendatang member lebih banyak closing and resolving kepada life aku yang agak bercelaru sejak kebelakangan ini.

Ciao.

Nota kecil (mulai kali ini, akan ada nota kecil menerangkan peristiwa semasa) :

-KL memang suram sejak asyik hujan pada waktu petang. Macam mana aku nak cari makanan ni? Perut dah mula scratching lagu Linkin Park ni.

-Mickey Rourke patut menang Oscar dan bukan Sean Penn. Penggusti dikalahkan oleh ahli politik yang gay. Sah orang dala Oscars penyokong hak asasi gay dan lesbian di Amerika. Sedih.

-Tadi tengok berita tentang pergaduhan antara penyokong Kelantan and Selangor masa Super League match semalam. Tak sangka passion terhadap bola sepak tempatan masih mendalam. Ingatkan dah lama mati.

-Liverpool kalah lagi. Mengesahkan bahawa tanpa Gerrard dan Torres mereka tak boleh grind out wins. Semoga United menang Carling Cup malam ni. Bayangan lima cup dah semakin menyinar. Semoga tak terpadam.

-Officially, aku pandang politik di Malaysia dengan pandangan paling sinis. Lompat pati macam katak. Dirty tactics everywhere. Orang luar pasti tergelak tengok situasi politik di Malaysia ni. Making kurang maturednya since tarikh keramat 8th March tahun lepas.

No comments:

Post a Comment