Friday, February 27, 2009

Rutin Kehidupan Harian Seorang Bernama Fyrooz

27.2.2009 1.45 p.m.

Well, dah hampir seminggu lebih, actually dua minggu since last class aku. Kelas BBM. So, boleh dikira aku sedang bercuti juga ni. Balik ke Melaka pun untuk dapatkan duit dinner balik n other things. Nak belajar kelas asyik cancel, takpun postponed. Bila aku nak dapat buku BBM ni? Anyways, the reasons for my ramblings is that rutin harian aku telah menjadi sangat sangat bosan. Kalau tak percaya cuba tengok jadual rutin weekdays aku ni.

8.00 – 9.00 a.m – Bermula dengan acara bangun tidur, disusuli dengan breakfast (yang tak seberapa) dan menonton televisyen. Biasanya aku menonton either channel sports, atau tengok muzik video terkini. Jarang tengok breakfast shows (MHI and such) kecuali kalau dah bosan sangat. Mandi biasanya dilewatkan sedikit.

9.00 a.m – 12.00 p.m – Acara menghadap computer pun bermula. Biasanya digunakan dengan menulis entries macam ni. Dalam rumah ni tiada wireless ataupun connection ke Internet. So, time selalu spent on bermain Football Manager 2008. Yang 2009 punya version ada juga, tapi sangat lembab apabila dimainkan pada laptop kuno aku ni. Bayangkan kalau aku boleh main FM sampai 16 tahun lamanya (dalam game la)

12.00 – 2.30 p.m – Event seterusnya adalah mengambil dan menjaga adik dari sekolah. Biasanya acara yang agak interesting sebab dapat observe budak2 sekolah. Teringat zaman aku dulu, pakai beg troli, bawa bekal air Milo, dan macam2 lagi. Sampai aku boleh dapat figure out satu teori tentang kehidupan kanak-kanak di Malaysia ni. Itu aku akan ceritakan pada masa akan datang.

2.30 – 3.30 p.m – Aku layan cerita sinetron Jelita di kaca TV. Tak sangka aku boleh tengok cerita Indonesia ni. Boleh dikatakan setiap hari aku tengok kisah pergolakan Jelita (Agnes Monica yang cute) dan kekasihnya ni. Walaupun kadang2 aku rasa cerita ni agak merapu. Tapi, aku layan juga sebab ia bukan stereotype macam cerita2 Malaysia sekarang ni.

3.30 p.m – 8.00 p.m – Masa untuk acara gaya bebas , meaning aku buat aktiviti yang agak random. Kadang2 tidur, takpun sambung main FM, paling simple pun tengok TV.

8.00 p.m – 2.00 p.m – Melayan apa sahaja rancangan di televisyen. Ikut hari jugala. Hari Selasa dan Khamis aku akan layan wrestling. Hari lain pula bergantung kepada program di TV. Kadang2 tidur lewat, kadang2 tidur awal.

Itula rutin kehidupan harianku. Kalau weekends pula, bergantung kepada aktiviti2 dan finance aku. Ada duit keluarla, kalau tiada, at least aku ke CC, mengupdate profil aku di dunia cyber. Tahap kebosanan dalm menghadapi rutin harian ni sampai aku rasa macam nak menangis sahaja. Tapi, nak buat macam mana. I will just get on with my life.

Ciao.

Relationship oh relationship…


25.12.2008 10.34 a.m

Assalamualaikum and selamat kembali ke laman blog aku yang tak seberapa ni. Setelah sekian lama berehat akhirnya brain aku telah mentrigger sesuatu yang boleh aku share dengan pembaca2 blog ini. Aku baru sahaja pulang dari Melaka. Banyak sangat things yang happened di sana. First, keretaku mengalami kerosakan buat kesekian kalinya. Second, dapat balik duit dinner Mass Comm RM50, sesuatu yang aku amat cherish sekali disebabkan kesesakan duit yang sedang aku experience ketika ini. Nak bayar duit sewa rumah pun susah. Inila akibatnya kalau membelanjakan duip PTPN dengan sesuka hati tanpa memikirkan masa hadapan. Antara banyak pengajaran yang telah aku pelajari.

Anyway, back to the topic of discussion. Dalam entri ni aku ingin speak about relationships. Bagi aku, ini adalah satu term yang lebih sesuai digambarkan tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan. Relationship yang rapat of course adalah cinta or love, yang kurang rapat boleh dipotray as friends. Ketika aku pulang ke Kuala Lumpur, aku balik bersama dengan rakan segroup project dengan aku. Dua housemate aku (untuk mengelakkan dari terjadi kebocoran identity aku bahasakan mereka sebagai A dan B) dan dua student yang opposite sex (perempuanla, aku bahasakan mereka sebagai C dan D).

Banyak event yang terjadi ketika aku pulang with them. First, makan di McD, kemudian menyanmbung perbincangan mengenai assignment di rumah A. Ketika itu, aku dapat observe dua jenis relationship yang sedang berlaku di hadapanku. Aku mungkin tak layak nak berbicara tentang relationship because of my lack of involvement in romantic relationship, tapi apa salahnya jika aku try, bukan begitu?

Ok, first relationship yang aku nak katakan adalah good friends, tetapi salah satu ingin menjalinkan hubungan yang serius. Dalam kes ni, si A ingin have a more intimate relationship dengan si D, tapi sangat sukar untuk meluahkannya. Ini disebabkan si D yang mempunyai character yang sangat complex dan sukar untuk difahami. Bagi aku, mereka berdua agak compatible dan dare I say, quite cute if see together. So, si A perlu memberitahu perkara sebenar. Perasaan yang A ada pada D sangat deep sehingga sanggup break dengan gfnya (walapun itu bukan punca utama break mereka). A should not wait any longer. Just tell her everything. God willing, maybe she would want to have it (relationship). Lagipun, bukan sekejap mereka kenal each other. For nearly 2 and a half years . So, bak kata Nabil lu pikirla sendiri.

Lagi satu relationship yang aku nak tell is between B and C. Couple yang dah break tapi still remain as friends. Sebenarnya aku rasa agak bersalah sebab telah foresee how their relationship will end melalui projek photo communication aku. Aku observe mereka berdua sejak break. Bagi B, it is hard for him I suppose, because he became fragile. Dia terlau sukar untuk have a serious relationship. Sampai boleh dikatakan lagu Cookie Jar oleh Gym Class Heroes boleh dijadikan lagu tema life dia sekarang ni. Si C pula, nampak dah move on, tapi deep inside I know it will never be as special as during her relationship with B. Funny thing, both of them hantar aku pulang after the assignment and had a long journey back to their respective home. Here’s to hoping that mereka actually talk to each other during that period of time. Because you cannot imagine the atmosphere in that car. Such a contrast between during they were a lovely couple and now. Actually, bagi kau mereka adalah satu couple yang very nice and compatible. Hopefully they will realize about it though.

Well, aku rasa cukup sampai di sini aku talk about relationship. It makes me a bit sad because I’m not into a serious relationship right. Kind of makes me feel like a loser. Huhu.

Ciao.

Life Changing Moments/Decision


20.2.2009 4.12 pm

Dalam kehidupan ni, pasti ada at least one moment or peristiwa or saat yang change the course of kehidupan kita. Bak kata orang, life changing moments. Bagi aku, this moment akan menjadi satu pencetus kepada satu pathway kehidupan yang lain. Selain itu, menjadi satu pencetus kepada perubahan dalam hidup kita. Dalam kehidupan aku, ada at least satu atau dua life changing moments yang memaksa aku untuk membuat decision upon.

1. Menolak tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Moment ni terjadi masa aku tingkatan 4, selepas menerima keputusan yang agak cemerlang, aku telah ditawarkan untuk ke SBP Sains di Negeri Sembilan. Aku mengambil masa hampir seminggu untuk membuat decision, samaada ke SBP atau kekal di sekolahku, SMK Pandan Indah. Aku siap bersembahyang, memohon agar Allah member petunjuk kepadaku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak ke SBP, walaupun pada ketika itu, ibu bapaku encourage aku untuk pergi.

Ada banyak sebab kenapa aku menolak tawaran ini. First, aku tak confident yang aku boleh hidup berdikari pada masa itu. Second, aku tak sanggup nak berpisah dengan member2 baik aku. Third, aku tak yakin yang aku akan terus menceburkan diri dalam bidang Sains. Hasilnya, aku menjadi Ketua Pengawas sekolahku pada 2005, semakin ramai rakan, dan yang penting, menjadi pencetus buatku meneroka bidang lain, especially bidang Mass Communication. Aku rasa kalau aku terima tawaran tu, for sure aku tak jadi seorang Mass Comm student dan tak menulis blog sekarang ni.

2. Menerima tawaran masuk UiTM Diploma Mass Communication.

Pada mulanya, aku berasa sangsi setelah menerima tawaran ini. Mampukah aku menjadi student Mass Comm? Can I meet the demands of this course? Dan yang penting sekali, mampukah aku menjadi seorang Masscommite? Kerana pada zaman dahulu (persekolahan) aku seorang yang pendiam dan sangat pemalu. Walaupun sebagai ketua pengawas, apabila hendak berucap di hadapan ketika perhimpunan, rasa nervous sangat menebal dalam diri sampai aku tersasul2 apabila berucap. Aku sering menjadi bahan ketawa fellow friends aku di sekolah.

Namun, taken into consideration a lot of things, aku akhirnya telah decide untuk menerima tawaran ini. Bagi aku, ini akan menjadi satu therapy dan training yang agak panjang yang mana course ini akan membantu aku untuk menjadi lebih talkative dan kurang shy apabila bersemuka dengan orang. Resultnya, boleh dilihat sekarang. Aku menjadi seorang yang boleh socialize dengan orang. Malah, apabila ada sahaja event Mass Comm, aku akan menjadi seorang yang tidak segan silu untuk bersuara (memekak la).

At least itu adalah dua life changing moments and decider dalam life aku setakat ni. Sometime within this year, satu lagi life changing deciding moments yang terpaksa aku buat. Degree. Aku harap aku dapat membuat keputusan yang betul dan hopefully, mendekatkan lagi diriku dengan impian untuk menjadi somebody di dunia ni.

Alamak, lupa pula yang aku tengah masak megi ni.

Ciao!

Tuesday, February 17, 2009

Aku dan lagu (part 1)...

17.2.2009 3.21 pm

Still lagi kat starbucks, mocha baru separuh habis minum. Kali ni aku nak cerite sket pasal aku dan lagu. Sebagai peminat muzik, aku selalu mencari lagu2 yang sesuai dengan keadaan aku pada saat dan tika waktu tersebut. Tak paham? This means that I will find songs that suits myself lyrically and melodically during that point of time. For example, kalau aku tengah tensen, aku akan dengar lagu2 yang keras untuk menenangkan hati. First thing in mind of course lagu2 Slipknot and rock songs yang aku boleh layan. Time tengah jiwang pulak aku akan dengar lagu2 jiwang jugak.

For me, dengan adanya muzik di telinga it completes my experience at that time. Mungkin mengenhancekan jugak, bergantung kepada keadaan. Kali ni aku nak share satu lagu yang menerangkan kehidupan aku secara menyeluruh. Dan menjadi inspiration for the name of this blog.

Slipknot - Eyeless

Insane - Am I the only muthafucker with a brain?
I'm hearing voices but all they do is complain
How many times have you wanted to kill
Everything and everyone - Say you'll do it but never will

You can't see California without Marlon Brando's eyes

I am my Father's son
He's a phantom, a mystery and that leaves me
Nothing!
How many times have you wanted to die?
It's too late for me. All you have to do is get rid of me!

You can't see California without Marlon Brando's eyes

It's all in your head
It's all in my head
It's all in your head

I tried - You lied to me for so long
Everywhere I go, there's a sense of it
Freak on my antics and give me a choice
Doesn't matter if I give a shit
It's shit that you gave me

You can't see California without Marlon Brando's eyes

It's all in your head
It's all in my head
It's all in your head

Do you wanna feel pain?
Takin' my name in vain
Caring never felt so lame inside
Anybody else got pride?
Do you wanna take my life?
Maybe I'll reverse my ride
Who the hell are you? Fuck you!
Better suck it up cuz you bled through
Better get away from me
Stay the fuck away from me!

I feel safe - Seems your saved

Look me in my brand new eyes

http://www.youtube.com/watch?v=jQq3ZlL3t4k

Maybe lirik dia agak ekstrem, tapi itula sebenarnya what I think about the world all this time. Lagipun lagu ni in my opinion, the best song from Slipknot walaupun dah empat album band ni dah keluarkan.

Rindunya dengan kehidupan di kampus..

17.2.2009 2.49 pm.

Masa aku tengah menulis warkah ini aku baru sahaja pulang dari UiTM Melaka, menikmati Iced Mocha kegemaranku di Starbucks, Times Square. Kali kedua sebenarnya aku berinternet dari sini dan tempat ini semakin menjadi tempat kegemaran aku untuk beristirehat dan berinternet. Kembali kepada cerita yang sebenar, aku sebenarnya ingin berkongsi kerinduanku terhadap kehidupan di kampus. Sebenarnya, malam sebelum ini aku telah bermalam di bilik aku dahulu di Kolej Tuah, UiTM Melaka.

Sejarahku di bilik D1104 bermula sejak zaman semester pertama lagi. Ketika itu, aku tinggal di bilik itu bersama dua senior part 5 dan seorang pelajar yang seangkatan denganku. Dua senior tersebut adalah Nik (pelajar AD paling cemerlang, rasanya tak payah dah ambil degree sebab sekarang ni ada 'job' yang besar2) dan Q (pelajar Tourism yang kini berkecimpung di arena uptrend, semoga berjaya!). Pelajar seangkatan dengan ku adalah Syafiq, mempunyai personaliti yang sangat unik namun, mempunyai hati yang sangat baik. Selama dua semester aku bersama dengan ketiga-tiga mereka. Bersama Syafiq pula selama lima semester.

Pada semester ketiga, Nik dan Q telahpun menjadi graduan Diploma. Shain pula menjadi rakan sebilikku. Merupakan part time model yang wajahnya kian terpampang di banyak media. Dipendekka cerita, pada semester kelima, dua pelajar junior menjengah masuk ke dalam bilik itu. Nas (pelajar Tourism yang very cool dan banyak menolongku) serta Wan (pelajar jurusan Business yang kuat tidur, tetapi bukan stereotype). Semester ini, aku berada di luar, menjadi pelajar NR.

Banyak perkara yang aku rindukan tatkala menjadi penghuni blok Tuah. Antaranya kemesraan bersama penghuni2 lain, gurau senda, pinjam-meminjam barang, bantu-membantu dan macam2 lagi. Jangan harap kalau duduk di luar dapat melakukan perkara yang sama. Sedih. Selain itu, apa yang aku dapati jika duduk di dalam pastinya tahap kebosanan itu berada di paras minima kerana banyak perkara yang boleh dilihat. Menonton filem2 terkini, menonton 'cerita satu warna' (jika anda lelaki pasti anda faham apa yang aku maksudkan), berborak2 kosong bersama rakan2 dan macam2 lagi.

Kini, aku mempunyai satu azam. Sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali aku akan lepak di blok aku. Aku terlalu merindukan suasana sebegitu. Timbul pula rasa menyesal sebab tak memohon untuk tinggal di kolej pada hujung semester lepas. Namun apakan daya, nasib sudah menjadi bubur, bak kat orang dulu-dulu.

Sekian sahaja warkahku buat kali ini. (Pertama kali aku menulis tanpa mencampuradukkan bahasa. Hebat tak hebat.)

Ciao.

Monday, February 16, 2009

Glory-glory man united!

16.2.2009

Semalam aku tengok kemenangan Manchester United sekali lagi di dalm FA Cup, menewaskan Derby County 4-1. Another routine dan predictable win. Walupun tanpa recognized strikers masa permulaan permainan (Giggs dan Ronaldo jadi strikers, agak pelik), namun United still main dengan sangat fluent dan passing yang cukup mengasyikkan. Nak tengok skuad bola sepak Malaysia main macam ni, jangan harapla.

This season, aku rasa secara realistiknya United ada chance yang sangat hebat untuk menang semua empat piala yang ditawarkan. Carling Cup bagi aku dah dalam tangan sebab lawan Spurs sahaja. Team yang still struggle walaupun ada Harry Redknapp. FA Cup pula aku rasa peluang cerah sebab pesaing kuat pun cuma Chelsea sahaja. BPL pula pesaing terdekat adalah Liverpool yang penuh dengan drama dan Aston Villa yang masih mentah dalam pemburuan kejuaraan liga. Dan aku yakin United ada peluang nak kalahkan Inter Milan sebab second leg dekat fortress Old Trafford.

Bagi aku, great team wins cup, but great squad wins leagues and cups. Kalau nak dibandingkan top four (Chelsea, Liverpool, Arsenal, Man U), United ada squad yang sangat baik dari segi quality dan depth. Kat defence, ada Vidic dan Ferdinand, defensive pairing paling kental di United. Sambil tu, dibackup pula oleh Evans yang telah establish himself musim ni. Rafael pula, right back yang bagi aku sangat world class. Terkedu aku kalau dia tak terpilih pergi World Cup 2010 mewakili Brazil.

Di midfield pula, United mempunyai barisan pemain yang sangat versatile. Mereka ada Ji-Sung (most underrated di kalangan pemain United), Fletcher (pengganti Scholes di masa hadapan), Carrick (tak sekental Roy Keane tapi at least pass bola lebi bagus dari Keane), Anderson (sangat hebat di midfield, rajin dan kreatif), Nani (tenggelam sedikit season ni, tapi boleh bagi moments of magic apabila sangat diperlukan) dan of course Ronaldo (Fifa World Player of The Year, apa nak cakap lagi).

Di bahagian attack pula, United ada tiga strikers yang world class. Mereka ada Rooney (striker England yang walaupun panas baran, tapi sangat rajin dan lethal in front of goal), Tevez (pemain United paling rajin, selalu kejar bola dan membuat defense lawan tak keruan) dan Berbatov (semakin selesa bermain dengan United, aku akan rasa terkejut kalau dia tak scoe lebih dari 15 gol musim ni). Insya Allah, musim ni United akan dapat quadruple. Percayala.
Alamak, ada cerita best pula kat TV ni. Nak tengok la.

Ciao.

Rupa atau badan… Pilih yang mana satu..

16.2.2009

One day, one of my friends asked me this question. “Weh, yang mana satu yang you pilih? Muka Siti Nurhaliza, badan macam Adibah Noor ke, or badan Siti Nurhaliza, muka Adibah Noor?” Terkedu sekejap aku. Susah juga soalan tu. Basically, apa yang dia nak cakap is, in choosing opposite sex that you like, you pilih based on rupa (muka) atau badan.

Well, pada pendapat aku, kalau nak pilih pasangan, lelaki mesti based their choosing on badan. Kalau perempuan pula based on muka. Tak percaya? For sure nearly 80% of lelaki dan perempuan di sana akan memilh berdasarkan criteria yang aku sebutkan tadi. Case and point, kalau lelaki mestila cari perempuan dengan badan yang mantap. Yela, so that they can brag about it among their friends. “Peh, awek aku body mantap siut”, macam tula cara mereka akan brag. Sama juga dengan perempuan. Nak cari pasangan yang muka handsome sahaja. Kalau muka pecah, sorry la. Pasti mereka tak akan layan.

Bagi aku, itula general assumption tentang hal ini. Bagi aku, soal hati dan perangai semakin dilupakan kalau nak mencari pasangan. Bukannya apa, sekarang ni susah nak cari makwe atau pakwe yang muka pecah, hati baik. Susah juga nak cari yang muka atau badan lawa, hati baik.
Senang kata susah nak cari yang hati baik la. Manusia zaman sekarang sangat materialistik dan sangat mementingkan fizikal sahaja. Cuma segelintir sahaja yang still consider mencari pasangan yang berhati baik. Aku maybe boleh diconsider dalam grup minority ni. Tapi aku still sama sahaja macam golongan majoriti juga.

Mengantuk pula mata ni. Nak beradu sekejap.

Ciao.

Hidup ni memang palat. Tapi esok masih ada.

13.2.2009

Beberapa hari yang lepas aku baru sahaja tengok cerita Kami the Movie. Beli dvd sebab masa cerita tu ada kat pawagam aku tak sempat nak tengok. Keluar dvd cerita ni, aku terus beli. Tak sabar nak tengok sebab aku layan Kami the Series masa ia disiarkan di 8tv dulu. It really shows the real portrayal of teenage life currently di Malaysia. Sentiasa bermasalah, susah dan layan lagu underground. Bagi sesiapa yang nak tengok cerita ni, aku sarankan layan series dia dulu. Baru dapat memahami jalan cerita dia.

Lepas aku tengok cerita ni, aku rasa sangat puas hati. Cerita dia very simple, yet very intriguing.
Cerita pasal masalah Lynn dengan past lifenya, Ali dengan mak bapaknya, Abu dengan kes larinya, Sofie dengan balaknya, Adii dengan cyber lovenya, very intriguing dan aku pasti a majority of teenagers di Malaysia boleh relate dengan cerita ni. Susah nak cari Malaysia yang bagus macam ni. Selalu sangat kita disogokkan dengan tipikal Malaysian movie yang kalau comedy, seram atau romantik. Bosan. Pasal tu kalau orang filem cakap yang teenagers atau mereka yang educated especially Malay tak nak tengok Malay movie sebab sombong dan lebih rela tengok cerita Hollywood, aku ketawa sebab if you want us to watch Malay movies, please come out with something yang at least berkualiti dan bukannya cerita yang bodoh dan membuang masa. Case and point, Sifu dan Tongga and Antoo Fighter (Crappy movie if you ask me).

Back to Kami the Movie, as I said before, jalan cerita dia very direct dan intertwined nicely with each other. Tapi ending dia sangat sedih. One of the main characters actually died. Aku jarang menangis masa tengok movie, tapi ni adalah salah satu movie yang buat aku menitiskan air mata juga, walaupun aku cuba tahan. Selain itu, the camera work memang lawa, not your average Malay movie type of cinematography la.

Lagi satu yang best pasal cerita ni is the soundtrack. Semua lagu dalam cerita ni, baik yang series atau the movie, semua made by local Malaysian act yang bukan mainstream. Indie la kalau nak short form. Lagu semua aku layan, membuatkan aku bangga sebab Malaysians pun boleh keluarkan lagu2 yang berkualiti. Sebab tu sekarang aku layan X fm, dan jarang dengar stesen radio lain. Hitz kadang2 tapi yang lain jarang2 sebab aku kecewa dengan sikpa diorang yang suka putar lagu2 Indon. Taula di Malaysia ni ramai rakyat Indonesia tapi janganla sampai nak mengIndonkan stesen radio. Sedih.

Overall, cerita Kami the Movie ni memang layan. Justify with those who follow the series. Kiranya orang akan puas hatila as how the movie pans aout to be. Hopefully, akan datang lebih banyak filem Malaysia yang agak offbeat dikeluarkan, macam semua filem2 Yasmin Ahmad (for sure aku nak cari cerita Muallaf walaupun ia diban), Budak Kelantan, Wayang and many more. Please no more crappy movies kalau Malaysian film industry nak move forward.

Fuh, nak mandila. Panas pula badan ini.

Ciao.

Hidup ini memang depressing, kalau tak ada kelas

13.2.2009

Masa aku tengah tulis blog ni, I’m at home in my room with nothing to do. Sangat depressing. Agaknya itula downside kalau ada satu kelas sahaja setiap minggu. Semester ni, aku Cuma belajar pasal translation sahaja. Lepas tu, ada Industrial Project yang harus dilaksanakan. Memang bosan. 6 hari relax dan Cuma satu hari sahaja kelas. Mana tak depressing.

Lagi satu downside of having satu kelas is tak dapat jumpa classmates sekerap yang dulu. Semester2 sebelum ni hamper setiap hari ada kelas. Agak fun sebab classmates aku agak havoc juga. Terutama yang lelaki. Nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut. Sekarang nak jumpa pun susah sebab semua tinggal jauh2. Yang duduk dalam dua tiga orang. Yang duduk luar pula duduk jauh2. Aku terasa yang class aku semakin tak unite. Walaupun dulu adala juga dua tiga orang yang boleh aku kategorikan sebagai penggangu keharmonian kelas. Tapi bagi aku mereka semua still classmates aku yang aku hormati. Gesture mereka yang sanggup datang ke kampung aku di Muar semasa kematian mak aku takkan aku lupakan sampai bila2. Walaupun mereka kutuk2 aku dari belakang pun aku tak kisah. Sebab deep inside all of them, lies very caring hearts.

Bercerita tentang classmates, some of them are really close with me and are a very crazy bunch of people. Selalu buat kelakar yang amat kelakar. Aku rasa kalau Raja Lawak bagi buat semua jenis lawak yang ada dalam planet ni, for sure diorang menang hands down. Yang tak berapa rapat dengan aku pun ok sebenarnya. Bayar duit on time, dan macam2 lagi. Sebagai class rep aku memang puas hatila.

Sebelum ni aku ada cakap pasal pengganggu keharmonian kat dalam kelas. Adala dua tiga orang. Bila mereka ni ada sahaja keadaaan dalam kelas macam kurang havoc dan ceria. Tapi masa diorang ni tak ada, punyala happy keadaan kelas. Mereka ni bukan aku tak suka, Cuma maybe perangai diorang tak berapa nak compatible dengan the rest of the class. So, last semester ni aku harap diorang semua, satu kelas bury the hatches, kiss and makeup, bak kata orang putih. Sebab dah enam semester bersamaan dengan tiga tahun belajar bersama. Takkan tak terdetik rasa sedih kalau semester ni menutup tirai? Now that’s the question that one should answer.

Well, lapar pula perut aku ini. Nak makan makanan sekejap.

Ciao.

First and foremost...

13.2.2009

Assalamualaikum and hello to those who actually read this blog. Akhirnya, aku terpanggil untuk membuat blog sendiri setelah sekian lama. Memula, aku teringin nak buat blog sejak masuk u lagi, tapi tak kesempatan sebab sangat sibuk dengan kuliah dan macam2 hal. Akhirnya, semester ini aku cukup free untuk buat blog. First of all, let me introduce myself.

Nama penuh aku dalam IC adalah Mohd. Fairusredzuan bin Noor Azman. Tapi, memandangkan nama tu susah sangat orang nak ingat, orang panggil aku fairus sahaja. Dah hampir 21 tahun aku hidup dalam dunia ni dan macam2 hal dah pernah aku lalui. Aku harap aku dapat berkongsi tentang hal2 ni dengan sesiapa yang baca blog ni.

Sekarang ni aku di semester akhir pengajian Mass Comm di UiTM Melaka. Fuh, dah nak sampai penghujung perjalanan aku di sini. Still, aku berasa bangga sebab being apart of something historic. Yela, pioneer batch di sini. Bukan senang nak cakap macam tu. Aku dilahirkan di Bintulu, Sarawak. Tapi dah lama dibesarkan di Kuala Lumpur. Kalau nak klaka Sarawak tu sepatah haram pun aku tak reti. Tapi kalo bahasa Jawa tu aku paham sikit2 la. Sebab abahku orang Johor dan selalu juga balik kampung di Johor.

To say something that is interesting about me is hard because I am not that very special or interesting kind of guy. Aku suka sangat dengan muzik, filem dan hal-hal yang berkaitan dengan media. Yela, Masscommite la katakan. Tapi, my special interest is towards wrestling. WWE, TNA dan semua benda tu. Memang pelik tapi entahla. Nanti aku ceritakan macam mana aku boleh minat dengan wrestling ni. Aku akan setup satu lagi blog yang cakap pasal wrestling sahaja.

Lagi satu special interest aku adalah terhadap sepak bola, bak kata orang Indon la. Interest ni memang tak pelik sebab hamper semua lelaki minat bola, kecuali mereka yang kurang kelelakiannya atau mereka yang tak minat dengan bola. Huhu. Aku penyokong setia Manchester United sejak azali lagi. Juga penyokong bolasepak England dan Eropah. Nak minat bolasepak Malaysia? Itu dulu, masa zaman kegemilangan late 90’s dulu. Aku penyokong team Sarawak dulu. Sekarang, susah nak cakap. Bolasepak kat Malaysia macam sampah. Keeper tak macam keeper, defender tak macam defender, semuala.

In terms of music, aku sangat universal. Suka all kinds of music. Tapi tak suka dengan muzik yang boleh buat orang tidur. Classical memang tak masuk. Ghazal pun susah nak masuk. Aku jenis yang suka dengar muzik yang boleh masuk sahaja. Dulu, masa hip hop tengah naik aku dengar.

Sekarang masa indie pun aku boleh dengar indie. Tapi, ada satu band yang memang aku always into. Slipknot. 9 piece metal band dari Des Moines, Iowa ni memang gempak dan muziknya memang aku minat. Dalam blog seterusnya aku akan menceritakan lebih lanjut pasal band kegemaran aku ni.

Beginila sedikit sebanyak about me. You will know me better in the coming blogs. Lagi satu, aku akan post blog aku sekali seminggu sekali sahaja. So do check it out at least once a week.

Ciao.