Tuesday, February 17, 2009

Rindunya dengan kehidupan di kampus..

17.2.2009 2.49 pm.

Masa aku tengah menulis warkah ini aku baru sahaja pulang dari UiTM Melaka, menikmati Iced Mocha kegemaranku di Starbucks, Times Square. Kali kedua sebenarnya aku berinternet dari sini dan tempat ini semakin menjadi tempat kegemaran aku untuk beristirehat dan berinternet. Kembali kepada cerita yang sebenar, aku sebenarnya ingin berkongsi kerinduanku terhadap kehidupan di kampus. Sebenarnya, malam sebelum ini aku telah bermalam di bilik aku dahulu di Kolej Tuah, UiTM Melaka.

Sejarahku di bilik D1104 bermula sejak zaman semester pertama lagi. Ketika itu, aku tinggal di bilik itu bersama dua senior part 5 dan seorang pelajar yang seangkatan denganku. Dua senior tersebut adalah Nik (pelajar AD paling cemerlang, rasanya tak payah dah ambil degree sebab sekarang ni ada 'job' yang besar2) dan Q (pelajar Tourism yang kini berkecimpung di arena uptrend, semoga berjaya!). Pelajar seangkatan dengan ku adalah Syafiq, mempunyai personaliti yang sangat unik namun, mempunyai hati yang sangat baik. Selama dua semester aku bersama dengan ketiga-tiga mereka. Bersama Syafiq pula selama lima semester.

Pada semester ketiga, Nik dan Q telahpun menjadi graduan Diploma. Shain pula menjadi rakan sebilikku. Merupakan part time model yang wajahnya kian terpampang di banyak media. Dipendekka cerita, pada semester kelima, dua pelajar junior menjengah masuk ke dalam bilik itu. Nas (pelajar Tourism yang very cool dan banyak menolongku) serta Wan (pelajar jurusan Business yang kuat tidur, tetapi bukan stereotype). Semester ini, aku berada di luar, menjadi pelajar NR.

Banyak perkara yang aku rindukan tatkala menjadi penghuni blok Tuah. Antaranya kemesraan bersama penghuni2 lain, gurau senda, pinjam-meminjam barang, bantu-membantu dan macam2 lagi. Jangan harap kalau duduk di luar dapat melakukan perkara yang sama. Sedih. Selain itu, apa yang aku dapati jika duduk di dalam pastinya tahap kebosanan itu berada di paras minima kerana banyak perkara yang boleh dilihat. Menonton filem2 terkini, menonton 'cerita satu warna' (jika anda lelaki pasti anda faham apa yang aku maksudkan), berborak2 kosong bersama rakan2 dan macam2 lagi.

Kini, aku mempunyai satu azam. Sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali aku akan lepak di blok aku. Aku terlalu merindukan suasana sebegitu. Timbul pula rasa menyesal sebab tak memohon untuk tinggal di kolej pada hujung semester lepas. Namun apakan daya, nasib sudah menjadi bubur, bak kat orang dulu-dulu.

Sekian sahaja warkahku buat kali ini. (Pertama kali aku menulis tanpa mencampuradukkan bahasa. Hebat tak hebat.)

Ciao.

1 comment: