Monday, February 16, 2009

First and foremost...

13.2.2009

Assalamualaikum and hello to those who actually read this blog. Akhirnya, aku terpanggil untuk membuat blog sendiri setelah sekian lama. Memula, aku teringin nak buat blog sejak masuk u lagi, tapi tak kesempatan sebab sangat sibuk dengan kuliah dan macam2 hal. Akhirnya, semester ini aku cukup free untuk buat blog. First of all, let me introduce myself.

Nama penuh aku dalam IC adalah Mohd. Fairusredzuan bin Noor Azman. Tapi, memandangkan nama tu susah sangat orang nak ingat, orang panggil aku fairus sahaja. Dah hampir 21 tahun aku hidup dalam dunia ni dan macam2 hal dah pernah aku lalui. Aku harap aku dapat berkongsi tentang hal2 ni dengan sesiapa yang baca blog ni.

Sekarang ni aku di semester akhir pengajian Mass Comm di UiTM Melaka. Fuh, dah nak sampai penghujung perjalanan aku di sini. Still, aku berasa bangga sebab being apart of something historic. Yela, pioneer batch di sini. Bukan senang nak cakap macam tu. Aku dilahirkan di Bintulu, Sarawak. Tapi dah lama dibesarkan di Kuala Lumpur. Kalau nak klaka Sarawak tu sepatah haram pun aku tak reti. Tapi kalo bahasa Jawa tu aku paham sikit2 la. Sebab abahku orang Johor dan selalu juga balik kampung di Johor.

To say something that is interesting about me is hard because I am not that very special or interesting kind of guy. Aku suka sangat dengan muzik, filem dan hal-hal yang berkaitan dengan media. Yela, Masscommite la katakan. Tapi, my special interest is towards wrestling. WWE, TNA dan semua benda tu. Memang pelik tapi entahla. Nanti aku ceritakan macam mana aku boleh minat dengan wrestling ni. Aku akan setup satu lagi blog yang cakap pasal wrestling sahaja.

Lagi satu special interest aku adalah terhadap sepak bola, bak kata orang Indon la. Interest ni memang tak pelik sebab hamper semua lelaki minat bola, kecuali mereka yang kurang kelelakiannya atau mereka yang tak minat dengan bola. Huhu. Aku penyokong setia Manchester United sejak azali lagi. Juga penyokong bolasepak England dan Eropah. Nak minat bolasepak Malaysia? Itu dulu, masa zaman kegemilangan late 90’s dulu. Aku penyokong team Sarawak dulu. Sekarang, susah nak cakap. Bolasepak kat Malaysia macam sampah. Keeper tak macam keeper, defender tak macam defender, semuala.

In terms of music, aku sangat universal. Suka all kinds of music. Tapi tak suka dengan muzik yang boleh buat orang tidur. Classical memang tak masuk. Ghazal pun susah nak masuk. Aku jenis yang suka dengar muzik yang boleh masuk sahaja. Dulu, masa hip hop tengah naik aku dengar.

Sekarang masa indie pun aku boleh dengar indie. Tapi, ada satu band yang memang aku always into. Slipknot. 9 piece metal band dari Des Moines, Iowa ni memang gempak dan muziknya memang aku minat. Dalam blog seterusnya aku akan menceritakan lebih lanjut pasal band kegemaran aku ni.

Beginila sedikit sebanyak about me. You will know me better in the coming blogs. Lagi satu, aku akan post blog aku sekali seminggu sekali sahaja. So do check it out at least once a week.

Ciao.

No comments:

Post a Comment