Friday, February 27, 2009

Life Changing Moments/Decision


20.2.2009 4.12 pm

Dalam kehidupan ni, pasti ada at least one moment or peristiwa or saat yang change the course of kehidupan kita. Bak kata orang, life changing moments. Bagi aku, this moment akan menjadi satu pencetus kepada satu pathway kehidupan yang lain. Selain itu, menjadi satu pencetus kepada perubahan dalam hidup kita. Dalam kehidupan aku, ada at least satu atau dua life changing moments yang memaksa aku untuk membuat decision upon.

1. Menolak tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Moment ni terjadi masa aku tingkatan 4, selepas menerima keputusan yang agak cemerlang, aku telah ditawarkan untuk ke SBP Sains di Negeri Sembilan. Aku mengambil masa hampir seminggu untuk membuat decision, samaada ke SBP atau kekal di sekolahku, SMK Pandan Indah. Aku siap bersembahyang, memohon agar Allah member petunjuk kepadaku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak ke SBP, walaupun pada ketika itu, ibu bapaku encourage aku untuk pergi.

Ada banyak sebab kenapa aku menolak tawaran ini. First, aku tak confident yang aku boleh hidup berdikari pada masa itu. Second, aku tak sanggup nak berpisah dengan member2 baik aku. Third, aku tak yakin yang aku akan terus menceburkan diri dalam bidang Sains. Hasilnya, aku menjadi Ketua Pengawas sekolahku pada 2005, semakin ramai rakan, dan yang penting, menjadi pencetus buatku meneroka bidang lain, especially bidang Mass Communication. Aku rasa kalau aku terima tawaran tu, for sure aku tak jadi seorang Mass Comm student dan tak menulis blog sekarang ni.

2. Menerima tawaran masuk UiTM Diploma Mass Communication.

Pada mulanya, aku berasa sangsi setelah menerima tawaran ini. Mampukah aku menjadi student Mass Comm? Can I meet the demands of this course? Dan yang penting sekali, mampukah aku menjadi seorang Masscommite? Kerana pada zaman dahulu (persekolahan) aku seorang yang pendiam dan sangat pemalu. Walaupun sebagai ketua pengawas, apabila hendak berucap di hadapan ketika perhimpunan, rasa nervous sangat menebal dalam diri sampai aku tersasul2 apabila berucap. Aku sering menjadi bahan ketawa fellow friends aku di sekolah.

Namun, taken into consideration a lot of things, aku akhirnya telah decide untuk menerima tawaran ini. Bagi aku, ini akan menjadi satu therapy dan training yang agak panjang yang mana course ini akan membantu aku untuk menjadi lebih talkative dan kurang shy apabila bersemuka dengan orang. Resultnya, boleh dilihat sekarang. Aku menjadi seorang yang boleh socialize dengan orang. Malah, apabila ada sahaja event Mass Comm, aku akan menjadi seorang yang tidak segan silu untuk bersuara (memekak la).

At least itu adalah dua life changing moments and decider dalam life aku setakat ni. Sometime within this year, satu lagi life changing deciding moments yang terpaksa aku buat. Degree. Aku harap aku dapat membuat keputusan yang betul dan hopefully, mendekatkan lagi diriku dengan impian untuk menjadi somebody di dunia ni.

Alamak, lupa pula yang aku tengah masak megi ni.

Ciao!

No comments:

Post a Comment