Monday, February 16, 2009

Hidup ni memang palat. Tapi esok masih ada.

13.2.2009

Beberapa hari yang lepas aku baru sahaja tengok cerita Kami the Movie. Beli dvd sebab masa cerita tu ada kat pawagam aku tak sempat nak tengok. Keluar dvd cerita ni, aku terus beli. Tak sabar nak tengok sebab aku layan Kami the Series masa ia disiarkan di 8tv dulu. It really shows the real portrayal of teenage life currently di Malaysia. Sentiasa bermasalah, susah dan layan lagu underground. Bagi sesiapa yang nak tengok cerita ni, aku sarankan layan series dia dulu. Baru dapat memahami jalan cerita dia.

Lepas aku tengok cerita ni, aku rasa sangat puas hati. Cerita dia very simple, yet very intriguing.
Cerita pasal masalah Lynn dengan past lifenya, Ali dengan mak bapaknya, Abu dengan kes larinya, Sofie dengan balaknya, Adii dengan cyber lovenya, very intriguing dan aku pasti a majority of teenagers di Malaysia boleh relate dengan cerita ni. Susah nak cari Malaysia yang bagus macam ni. Selalu sangat kita disogokkan dengan tipikal Malaysian movie yang kalau comedy, seram atau romantik. Bosan. Pasal tu kalau orang filem cakap yang teenagers atau mereka yang educated especially Malay tak nak tengok Malay movie sebab sombong dan lebih rela tengok cerita Hollywood, aku ketawa sebab if you want us to watch Malay movies, please come out with something yang at least berkualiti dan bukannya cerita yang bodoh dan membuang masa. Case and point, Sifu dan Tongga and Antoo Fighter (Crappy movie if you ask me).

Back to Kami the Movie, as I said before, jalan cerita dia very direct dan intertwined nicely with each other. Tapi ending dia sangat sedih. One of the main characters actually died. Aku jarang menangis masa tengok movie, tapi ni adalah salah satu movie yang buat aku menitiskan air mata juga, walaupun aku cuba tahan. Selain itu, the camera work memang lawa, not your average Malay movie type of cinematography la.

Lagi satu yang best pasal cerita ni is the soundtrack. Semua lagu dalam cerita ni, baik yang series atau the movie, semua made by local Malaysian act yang bukan mainstream. Indie la kalau nak short form. Lagu semua aku layan, membuatkan aku bangga sebab Malaysians pun boleh keluarkan lagu2 yang berkualiti. Sebab tu sekarang aku layan X fm, dan jarang dengar stesen radio lain. Hitz kadang2 tapi yang lain jarang2 sebab aku kecewa dengan sikpa diorang yang suka putar lagu2 Indon. Taula di Malaysia ni ramai rakyat Indonesia tapi janganla sampai nak mengIndonkan stesen radio. Sedih.

Overall, cerita Kami the Movie ni memang layan. Justify with those who follow the series. Kiranya orang akan puas hatila as how the movie pans aout to be. Hopefully, akan datang lebih banyak filem Malaysia yang agak offbeat dikeluarkan, macam semua filem2 Yasmin Ahmad (for sure aku nak cari cerita Muallaf walaupun ia diban), Budak Kelantan, Wayang and many more. Please no more crappy movies kalau Malaysian film industry nak move forward.

Fuh, nak mandila. Panas pula badan ini.

Ciao.

No comments:

Post a Comment