Friday, February 27, 2009

Rutin Kehidupan Harian Seorang Bernama Fyrooz

27.2.2009 1.45 p.m.

Well, dah hampir seminggu lebih, actually dua minggu since last class aku. Kelas BBM. So, boleh dikira aku sedang bercuti juga ni. Balik ke Melaka pun untuk dapatkan duit dinner balik n other things. Nak belajar kelas asyik cancel, takpun postponed. Bila aku nak dapat buku BBM ni? Anyways, the reasons for my ramblings is that rutin harian aku telah menjadi sangat sangat bosan. Kalau tak percaya cuba tengok jadual rutin weekdays aku ni.

8.00 – 9.00 a.m – Bermula dengan acara bangun tidur, disusuli dengan breakfast (yang tak seberapa) dan menonton televisyen. Biasanya aku menonton either channel sports, atau tengok muzik video terkini. Jarang tengok breakfast shows (MHI and such) kecuali kalau dah bosan sangat. Mandi biasanya dilewatkan sedikit.

9.00 a.m – 12.00 p.m – Acara menghadap computer pun bermula. Biasanya digunakan dengan menulis entries macam ni. Dalam rumah ni tiada wireless ataupun connection ke Internet. So, time selalu spent on bermain Football Manager 2008. Yang 2009 punya version ada juga, tapi sangat lembab apabila dimainkan pada laptop kuno aku ni. Bayangkan kalau aku boleh main FM sampai 16 tahun lamanya (dalam game la)

12.00 – 2.30 p.m – Event seterusnya adalah mengambil dan menjaga adik dari sekolah. Biasanya acara yang agak interesting sebab dapat observe budak2 sekolah. Teringat zaman aku dulu, pakai beg troli, bawa bekal air Milo, dan macam2 lagi. Sampai aku boleh dapat figure out satu teori tentang kehidupan kanak-kanak di Malaysia ni. Itu aku akan ceritakan pada masa akan datang.

2.30 – 3.30 p.m – Aku layan cerita sinetron Jelita di kaca TV. Tak sangka aku boleh tengok cerita Indonesia ni. Boleh dikatakan setiap hari aku tengok kisah pergolakan Jelita (Agnes Monica yang cute) dan kekasihnya ni. Walaupun kadang2 aku rasa cerita ni agak merapu. Tapi, aku layan juga sebab ia bukan stereotype macam cerita2 Malaysia sekarang ni.

3.30 p.m – 8.00 p.m – Masa untuk acara gaya bebas , meaning aku buat aktiviti yang agak random. Kadang2 tidur, takpun sambung main FM, paling simple pun tengok TV.

8.00 p.m – 2.00 p.m – Melayan apa sahaja rancangan di televisyen. Ikut hari jugala. Hari Selasa dan Khamis aku akan layan wrestling. Hari lain pula bergantung kepada program di TV. Kadang2 tidur lewat, kadang2 tidur awal.

Itula rutin kehidupan harianku. Kalau weekends pula, bergantung kepada aktiviti2 dan finance aku. Ada duit keluarla, kalau tiada, at least aku ke CC, mengupdate profil aku di dunia cyber. Tahap kebosanan dalm menghadapi rutin harian ni sampai aku rasa macam nak menangis sahaja. Tapi, nak buat macam mana. I will just get on with my life.

Ciao.

No comments:

Post a Comment