Wednesday, June 24, 2009

Kisah clearance dan kejutan penuh transformasi...

8.16 a.m 24.6.2009

Semalam, I went back to Malacca. Ke tempat di mana aku telah Berjaya menggengam diploma, yakni UiTM Melaka. Bersama rakan-rakan aku, Segat, Azim and Malin, I went there bukan saja2, but to buat clearance and mendapatakan surat pengesahan tamat belajar as required untuk degree. Gerak pukul 10 dari rumah and sampai sana around tengahari. Dalam perjalanan, agak risau juga. Who knows maybe ter ‘ada’ hutang piutang ke. Nak bayar pakai apa? Money pun cukup2 for perjalanan dan makan.

Mujur the process of clearance went smoothly tanpa apa-apa hassle pun. Masa buat clearance tu, bangunan akademik lama sedang under renovation. Terfikir sejenak aku. Masa aku keluar barulah ada pembaharuan dan pembangunan infrastruktur di sini. Then again, peduli apa aku. Dah tak belajar lagi di situ, buat apa nak bother. Habis sahaja clearance, pergi mengisi perut pula di tempat makan ‘bawah pokok’ di Alor Gajah. One of the cheapest place to makan. Aku rasa kalau tempat macam ni wujud di tengah-tengah KL, for sure tak menang tangan makcik tu melayan pelanggan. Can you imagine lauk banyak pun paling koman pun di ‘charge’ under RM 5. Tempat yang sering menjadi penyelamat students yang kesempitan dari segi kewangan.

Memandangkan masih banyak lagi masa yang boleh dibuang, so we decided untuk gerak ke Dataran Pahlawan. Around petang macam tu sampai di sana. Niat di hati ingat nak tengok movie apa yang ada hari tu. Kononnya nak warm up sebelum layan movie besar yang keluar weekend ni. Tiba-tiba…


Keluar pula cerita Transformers:Revenge of The Fallen, SEHARI SEBELUM official release date di Malaysia, iaitu 24.6.2009. Mula-mula aku and friends memang tak percaya. Tapi, memandangkan peruntukan hall yang sangat banyak untu movie tu, dan abang di kaunter menunjukkan tanda ‘peace’, simbol movie Transformers tu adalah yang kedua, tanpe berlengah lagi pembelian tiket pun dijalankan.


Nah, bukti pembelian tiket telah ditunjukkan melalui gambar di atas. Nampak tarikh dan masa tayangan. Ia menjadikan aku dan rakan-rakan antara yang pertama di Malaysia yang dapat menyaksikan movie ni. Sebelum tayangan, aku agak risau juga. Risau yang the movie tak memenuhi expectation dan justified the hype yang telah diterima sepanjang bulan ni. Banyak tie in dari segi merchandise dan promotion yang movie ni dapat. Dari stesen minyak sampailah ke restoram makanan segera. Memang hype gilalah senang cakap.

But it did not disappoint at all.

The movie was awesome. Hanya satu perkataan itu sahaja yang dapat summarize experience aku melayan movie ni. It was action-packed from start to finish. Tak bosan langsung. Susah aku nak merasa ngantuk sepanjang perjalanan movie ni because it was so darn cool. Bagi aku, filem ni was beteer than the first one by a mile.

Dari segi grafik, I was in awe. Robot-robot dalam cerita ni memang sangat gempak dari segi visual and also dari segi movements. Betul-betul meletakkan standard yang sangat tinggi dari segi CGI technology. Ternganga mulut aku bila melihat fighting scene antara robots dalam movie ni. It was so detailed dan tak nampak messy langsung. Tapi, ada juga la some scenes yang menampakkan sedikit flaw dari segi grafik. Still boleh dimaafkan though.

Storyline wise, memang sangat best. Senang nak faham and pretty straightforward. In this movie, banyak juga la funny moments yang memang kelakar. Tergelak satu panggung. Dari segi cast, semua pelakon was superb. Shia Lebouf was solid as the lead. Lebih banyak emosi ditunjukkan berbanding dengan first movie. Megan Fox was so damn hot in this movie. Bagi aku, kalau lelaki tu tak minat Megan Fox, dia adalah sama ada perempuan atau tak ada nafsu. She was definitely the hottest chick atas planet Bumi masa kini. Aside from that, cast lain memaikan peranan dengan solid. Tapi aku sangat suka masa part ada kemunculan mamat Oompa Loompa cerita ‘Charlie and Chocolate Factory’ versi Johnny Depp. Memang kelakar.

All in all, movie yang worth the hype yang telah diterima. Simply the best summer movie this year. Sangat best dan aku harus menengoknya lagi. Aku expect yang movie ni akan pecah banyak rekod tayangan di Malaysia disebabkan oleh the amount of hype yang diterima. Senang cerita, kalau tak layan movie ni, memang tak true movie-goers la orang tu.

Until then, back to real life dan persiapan ke degree.

Nak cari rumah. Nak cari rumah.

Ciao.

Notakecil:

-Maaf kepada yang terkilan sebab tak tengok wayang dengan aku. Sorry sebab movie tu dah terkeluar awal. Nak buat macam mana? I will make up for it though.

- Sekarang akau nak cari hand stokings yang macam Jeff Hardy tu. Mana nak cari?

- Perborakan dengan rakan-rakan semalam membuatkan aku terikir yang the next two years will be tough as hell. That is for damn sure.

-Again, ucapan thanks kasih kepada sesiapa yang baca blog yang tak seberapa ni. Usaha untuk mempromosikannya adalah sangat dihargai.

Shah Alam aku datang..

22.6.2009 6.30 p.m

Fuh, dah lama tak memberi khabar berita melalui blog ni. Bukannya apa, Cuma sekarang sangat occupied dengan macam2 benda. Last week, satu news yang aku dah lama tunggu akhirnya tiba. The offer to melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam course Degree in Mass Communication, pengkhususan Broadcasting. Akhirnya, usaha aku selama ni dalam Diploma tidak sia-sia. I got what I wish for, a chance to learn more about broadcasting. Satu bidang yang aku sangat fascinate sejak kecil lagi (impian untuk bekerja dengan TV3 masih kekal di sanubari).

These few days aku sangat busy dengan persiapan untuk ke degree. Lagi2 tentang hal pendaftaran. Just like masa diploma dulu, there are so many stuff to be copied, verified and so on. Malah, medical check up pun harus dilakukan. Leceh memang leceh. Tapi apakan daya, dah nama pun rules. Hidup dengan rules baru teratur life. Aku tak percaya dengan kalimah ‘rules are meant to be broken’ sebab if you break the rules, that means you are a bit uncivilized, tak teratur dan kurang berfikiran dengan baik, come to think of it.

Lagi satu benda yang harus disetelkan adalah hal PTPTN. Pendaftaran secara on-line dengan pembelian pin di BSN. Satu lagi benda yang agak janggal untuk aku buat because sebelum ni tak pernah buat. Still, mendapatkan pinjaman PT is a must for me kalau nak survive masa degree nanti. Takkan nak mengharapkan duit parent sahaja. There are also things yang aku nak buy dengan duit tu. Broadband, video camera and others so that terasa lengkap diri ni to face the challenges masa degree nanti. Then again, kalau tak dapat pinjaman tu, termangu sekejap aku. Mampus.

Satu lagi benda yang still buat aku pening. Hal rumah di Shah Alam. Bila nampak sahaja surat tawaran tu yang menyatakan kemudahan tempat tinggal tidak disediakan, aku dah termenung sekejap. Mana nak cari rumah untuk berteduh. Takkan nak berulang alik dari rumah. Macam la Ampang dengan Shah Alam ni sejengkal sahaja. But I know, with a little effort dan connection yang baik, Insya Allah in time, aka nada tempat aku di Shah Alam.

Pendek kata, degree ni bermula dari kosong semula. There’s no plus or negative. Semuanya start from zero balik. Harapfully aku akan menghadapi dua tiga tahun yang akan datang ni as good as masa diploma dulu, if not better. Tak sabar nak tahu what challenges lie ahead of me. Impian untuk menjadi somebody bersambung di sana. Shah Alam, aku datang.

Notakecil:

- Rasanya kalau beli basikal nanti mesti smart. At least sangat jimat in terms of kos pengangkutan. Furthermore, a perfect way to exercise.

- Nak beli baju. Nak beli baju. For degree aku sangat memerlukan wardrobe yang baru disebabkan kekurangan variasi dari segi warna di dalam closet aku. Bayangkan kalau nearly 70% baju aku black in colour.

- Aku sangat berharap Brazil vs Spain masa final Piala Konfederasi nanti. Then we will know which country yang mana main bola dengan style dan substance sekali. Selecao ke Sepanyol.

- Wrestling article akan ada dalam blog ni. Usaha ketika ni terbantut akibat perkara2 di atas. Tiba-tiba sekarang ni aku sangat layan ROH. More on that di waktu akan datang.

- Wimbledon mula hari ni. Of course aku akan menyokong Federer dan juga awek aku, Maria Sharapova.

- Aku tak kira. Opening day aku akan tengok juga Transformers. Movie yang mendapat hype dan promotion yang paling gempak pernah aku tengok dalam Malaysia. Last time hype macam ni aku rasa masa filem Spiderman dulu.

Wednesday, June 17, 2009

My Take on Today’s Malaysian Politics

16.6.2009 5.20 p.m

“Kenapa diorang gaduh?”. Persoalan yang telah ditimbulkan oleh adik aku yang paling kecil tatkala news about the Parliament keluar di TV semalam. A question that is so hard for me to answer. Then again, it was provocative enough to me to do this particular entry. Ever since I became a bit aware about situasi politik Malaysia, aku menjadi seorang yang sangat intrigue tentang politics. The catalyst for this was perhaps the event that occured a decade ago, apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, hence memulakan pergerakan Reformasi (still have the ‘reformasi’ badge up until now). Peristiwa itu was menjadi pencetus that made me think that politics is an interesting thing.

Dalam family aku, memang selalu berbicara pasal politik. My dad was a huge Anwar supporter at that time and sampai sekarang still support pembangkang, in contrast dengan my grandfather yang merupakan ahli UMNO seumur hidup. Bagi aku, I do not support either the ruling government ataupun the opposition, cuma tertarik dengan cerita-cerita politik serta pemikiran politicians negara ini. Cerita pasal nepotisme, kronisme, rasuah, skandal, backstabbing, lompat parti, kemelut dalaman parti dan macam2 lagi. It really shows us yang Malaysian politics memang lain dari yang lain because of our culture yang terdiri dari berbilang kaum. So, there will be a lot of mash up between beliefs and determining what is right and wrong.

8 Mac 2008. Tarikh yang mengubah segala-galanya. Pilihanraya Umum yang meyaksikan BN lost its two/third majority of parliament dan menyaksikan tumbangnya 5 negeri ke tangan pembangkang. The landscape of Malaysian politics berubah sepenuhnya. Bermulalah pelbagai cerita politik yang terpampang di dada media massa sehinggalah ke hari ini. Each sides refusing to go down and accusing each other. Bagi aku, telah terdedah the ugly faces of Malaysian politics. Each side ada motifnya tersendiri. Bagi BN, they just cannot accept the fact that they lose. So, menggunakan mainstream media yang mereka pegang, pelbagai asakan dilakukan to make the Opposition looks bad.

Bagi pihak pembangkang pula, they just being too power hungry and acting a bit too uncivilized. Daripada perarakan, perhimpunan sampailah kepada persidangan bawah pokok dan mengamuk di Parlimen, they will do anything to gain power. Malah, kedua-dua sides sanggup melibatkan Sultan dalam urusan politik mereka. A bit too much if you ask me. Institusi diraja tidak sepatutnya dilibatkan di dalm permainan politik mereka. The situation in Perak was the perfect example of manipulating by both sides. Sampai sekarang that turmoil bagaikan tiada kesudahan.

For me, selain daripada pihak yang telah disebut, the media is at fault too. Mainstream media dipegang oleh the ruling government. Jadi, menjadi tugas mereka untuk merendahkan pihak pembangkang. Walupun ada ruang diberi untuk pihak pembangkang, tetapi ia hanya to make them look bad. Alternatif media pula terlalu bias terhadap pihak pembangkang pula disebabkan ia dikuasai oleh mereka. So, kita sebgai rakyat tiada pilihan dari segi media yang 100% tidak bias dan hanya menumpukan kepada laporan berita sahaja tanpa memihak kepada sesiapa.

Now, aku rasa politik di Malaysia is a joke dan kemelutnya takkan berakhir selagi tiada tolak ansur dari kedua-dua pihak dan media are constraint in their reporting. These things only makes us look bad in the eyes of the world. Sepatutnya, as a leading third world country, we supposed to set a good example on democracy and such. That is why sekarang aku hanya membelek kisah-kisah tempatan, entertainment, and sports apabila membaca akhbar. Selagi tiada perubahan dalam politik semasa, memang tiada gunanya bagi aku untuk mengundi eventhough I will be eligible to vote this year.

Until then. Hopefully no more gibberish on politics from now on, eh?

Ciao.

Notakecil:

-The waiting for Transformers: Revenge of The Fallen is unbearable. Let’s hope that it will be as god as it looks in trailer.

-Nak masuk degree. Nak masuk degree. Enough of this stalling life. Just can’t take it anymore.

-Tiba-tiba ada idea untuk local Malaysian games with local flavor. Nantikan entrinya.

Teringat Zaman Kegemilangan…

14.6.2009 9.36 a.m

Hari ni adalah hari Sunday. Again, berakhirnya satu lagi week dalam kehidupan aku. But, I feel kind of relieved because minggu depan musim persekolahan akan bermula semua. Maka, senyap sunyilah semula rumah aku and I can have my privacy back after it have been robbed from me for two weeks, no thanks to the school holidays. Recently, aku mendapat keputusan semester 6 aku. Tidaklah 4 flat seperi yang diharapkan, tapi still it was a good result nonetheless. Aku dah agak yang subjek Professional Project aku dapat A-, disebabkan ada lecturer yang kurang menggemari hasil projek itu (check out past entries untuk maklumatnya).

Anyways, entri kali ni bukannya untuk mengutuk, atau memperkatakan tentang benda tu, but abaout something else. Recently, aku telah upload gambar aku masa sekolah dulu ke wall Facebook aku. Gambar itu adalah gambar kelas aku. Kelas 5SC1 tahun 2005 SMK Pandan Indah. If you check it out, boleh lihat betapa nerdnya aku at that time. Tak sangka pula yang gambar itu akan trigger banyak response, especially dari bekas-bekas classmate aku yang ada Facebook. Sampai ada cadangan untuk membuat reunion. That will be done, I promise that.

Gambar itu membuat aku terkenang kembali zaman persekolahan aku, especially ketika sekolah menengah. Zaman form 1 sampai ke form 3, yakni zaman PMR adalah zaman yang paling gemilang bagi aku. Zaman tu banyak diisi dengan aktiviti kegemaran aku, that is bermain games. Zaman tu game CounterStrike a.k.a CS tengah up. Boleh dikatakan masa Form 1 dan 2, tak sah kalau tak main CS sebelum sekolah. Persaingan masa tu sangat hebat. Especially antara kaum. Aku boleh digolongkan dalam kategori yang agak decent dalam permainan ini, tapi taklah hebat. Selain tu, kalau ada duit lebih, main game PS pula. Masa tu game Wrestling memang naik. Kalau game tu, aku agak hebat jugala.

Zaman Form 3 pula memang zaman paling hebat dalam kehidupan sekolah menegah aku. Zaman tu, selain diisi dengan preparation for PMR, juga filled with bermain Red Alert 2 dan C&C:Generals. Boleh dikatakan 60% masa after school diluangkan dengan bermain games tersebut bersama rakan2 di pusat computer yang berdekatan. Masa tu, nama-nama macam Intelek, Mugen, Victory, yakni nama-nama pusat computer a.k.a CC memang tak lekang di bibir aku dan friends. Pebagai strategi diatur untuk menumbangkan lawan. Tapi, bukan selalu fight each other. Most of the times, berlawan dengan computer a.k.a Brutal Enemy. Walaupun main games selalu, at the end of the day, ramai juga rakan aku dan aku included, yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pelik tapi benar. Guess that there are benefits from playing games, eh?

Zaman SPM pula lebih banyak diisi dengan study. Sebabnya rasa agak bersalah disebabkan perbuatan di atas. Tapi still agak fun sebab masa tu PS2 baru keluar, so at times lepas sekolah, singgah di rumah member yang ada PS2 and play games. Selain tu, masa tu juga baru kenal sites seperti Myspace and Friendster. Maka bermulalah zaman interaktif di alam maya. Form 5, bagi aku was very challenging sebab di samping SPM, tak pasal-pasal aku menjadi Ketua Pengawas sekolah, a job yang sangat heavy in terms of tanggungjawab. Bagi aku, tugas sebagai pengawas banyak membantu aku to shape me to be what I am today.

Zaman sekolah menengah, bagi aku memang one of the best times of my life. Banyak kenangan yang manis, pahit, masam, masin and banyak lagi. But, it reminds us of who we are back then, and who we are right now. Because without those memories, or those past events, we will not be what we are today. Dalam juga tu. Anyway, I really hope that reunion dapat dilaksanakan because aku really miss those guys and girls.


Until then.

Ciao.

Notakecil:

-Jerebu,jerebu,jerebu. A thing yang membuatkan aku jarang get out from the house. Harapfully this thing will end soon.

-Confederations Cup starts today. Pasukan yang aku sokong? Of course la Selecao, or Brasillia, or Brazil.

-I predict that this summer, WWE programming will be filled with much more exciting storylines and matchup compared to past summers.

- Transformers: Revenge of The Fallen. Filem wajib tonton dalam list summer movies aku.

- Still can’t get her out of my head. Damn.

- Just few weeks to spend before degree starts. Don’t know what to do. Maybe doing something out-of-ordinary.







Tuesday, June 9, 2009

Perihal Balik Kampung, Kenduri Kahwin and The Basiron Clan

8.6.2009 6.44 p.m

It’s been a while since an entry ditulis ke blog ni. Bukannya apa, just there has been nothing really special or weird or interesting happening to me. Ordinary days I guess. Aku tak kisah living this life, with no work at all. Bagi aku, I am just waiting for that call to move to the next phase of my life. I’m in stalling period, I guess. Well, actually this past weekend, aku berpeluang to balik kampung di Muar, Johor. Bagi yang still tak tahu, this is my dad’s kampung. Dah lama sebenarnya aku tak balik, since Chinese New Year. Balik pun bukan saja-saja this time, but to see a wedding.


So on Saturday, petang aku and family pun pulang ke kampong. Nama kampung ni is Kampung Sungai Balang Darat, Muar Johor. Don’t ask me about asal usul nama kampung ni because I don’t have a damn clue. Biasanya dalam 3 hours dah sampai di kampung from my house, tapi disebabkan beberapa sebab yang biasa (traffic jam, berhenti untuk makan, etc.) around 5 hours baru sampai di kampung. After freshen up di rumah atuk aku (By the way, he’s perhaps the healthiest grandpa, considering his advanced age and still going around quite well), gerak pula ke rumah pengantin.


Sebenarnya, the wedding was adik ipar kepada adik bapa aku, merangkap adik mak cik aku. Get it? Walaupun hubungan tu agak jauh, still, family ni akan turun padang juga membantu dalam persiapan perkahwinan. Kerja persiapan ni, atau dalam bahasa local known as rewang, memang something that I looked forward to. Sebabnya aku boleh lihat semangat kerjasama dalam menjayakan event ni. And tak kiralah orang tu dating dari jauh ke, orang tu dari sini ke, semua akan saling bantu membantu. Susah nak tengok sekarang ni benda macam tu, especially di kawasan urban, yang ebih rely on catering dan khidmat professional for weddings.


Masa ni juga la semua orang mula nak catch up, maknanya bersembang la, memberitahu apa status terkini and what they have been up to. Subjek conversation untuk aku cukup simple, iaitu baru sahaja habis diploma, now menganggur sambil menunggu nak masuk degree. Rasanya hamper semua orang mendapat jawapan yang sama from aku. Anyways, bab rewang ni, part aku adalah menyiapkan bahagian depan, yakni tempat makan, baik untuk tetamu and also tempat makan beradap. Kerja tu dilaksanakan oleh aku, my dad, uncles and also cousins. Ini salah satu special traits keluarga ni. Semua akan bagi 100% dalam kerja rewang ni. It really was hard work, and it actually ended in the wee hours of morning. Balik ke rumah aku terus tidur, peant sangat. Maybe because it has been a long time since aku buat benda macam tu.


Besoknya, come the wedding day. Pakaian aku simple, baju pink and seluar ‘skinny tak skinny’ putih aku. Siap dalam pukul 10, tapi gerak dalam pukul 11 because menunggu orang lain siap. Biasala, keluarga bapa aku bukanlah kecil, tapi sangat besar. Sampai sahaja di tempat wedding, aku menjadi designated photographer untuk family aku, satu tugas yang aku pegang sejak aku ada kamera Nikon D40 ni. Pak cik aku pula menambah satu lagi tugasan, yakni to capture gambar suasana perkahwinan on that day. Finally, a job that I can do.


Maka, bermulalah tugas aku untuk snap gambar. Sambil tu, family yang lain, terutama cousins aku menyiapkan makanan untuk makan beradap. Banayak juga gambar yang aku ambil. Ada juga gambar yang saja aku ambil, just to sharpen my skills. Sejak belajar Photo Communication masa Part 3 Diploma dulu, aku sangat interested in taking photos. Ada banyak gambar menarik, Cuma malas nak upload because of the problems that I have in gaining access to the Web. Back to the story, boleh dikatakan agak meriah juga la majlis tu. Ramai tetamu yang hadir.


And furthermore, hampir semua family bapa aku datang masa wedding tu. Memang tak terkira tahap kekecohannya. Keluarga ni memang agak havoc bila berkumpul. Fun, crazy and hilarious bunch of people, itu yang aku boleh summed up tentang keluarga ni. Pasal tu aku sangat look forward to every time ada event yang mengumpulkan semua clan Haji Basiron. Memang sure akan havoc dan kecoh. Back to the wedding, pasangan pengantin are actually polis berpangkat. So, ada juga upacara yang melibatkan polis dan pedang. Macam yang selalu dilihat if the wedding involves ranked police officials. Truly something yang baru for me. Peluang mengambil gambar tidak dilepaskan begitu sahaja.



Dengan keadaan cuaca yang sangat terik nan panas, kerja diteruskan. The wedding went smoothly, no mishap whatsoever occurred during the process. At the end of the day, kerja untuk mengemas semula tempat itu dilakukan. Again, kerja tu dilaksanakan oleh family aku. Bukannya apa, as a favor tu my uncle. Pastinya this weekend was one of those weekend spent at kampung. A truly special weekend. Fuh, penat aku menulis entri ni. Time to relax a little and continue with this stalling life. Degree can’t come much sooner eh?

Until then.

Ciao.

Monday, June 1, 2009

Wishing her…

1.6.2009 12.00 a.m

Well, now it is the strike of midnight. One day has past and a new day has arrived. Tapi bagi aku tarikh ni bukan like any other. This is because it is a very special day, for someone that I like so much. Tak tahu nak cakap, but I know that I just blew a very good chance to be more close to her. Kalau top up pun tak mampu nak beli dan handphone pun tiada, kiriman SMS macam sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.

Nampaknya hanya kiriman wall di Facebook sahaja yang mampu diucapkan. Itupun if she looks up on her FB, something that I doubt she do frequently. Actually, tak pernah aku terasa sebegini rupa towards a girl before, since my last relationship. That one took a long time, almost half of my existence. Only to be crudely ended. Well, I’ve never felt very vulnerable like this before. Ever since the last time I met her, aku selalu sangat teringat dia. I try to get over her, but I just can’t. Tried to berkenalan dengan oher girls, tapi still teringat padanya.

The funny thing is aku sangat sangat tak berani nak call or even SMS dia. Worried that she would misinterpret it. Listening to her talking about her experience with guys membuatkan aku sanga over cautious. Tapi, suka dia bagai nak rak. Try to figure that one out. Aku tahu, aku terasa macam sangat loser dalam situasi ini, mengharapkan sesuatu yang aku tahu aku tak akan dapat. Tapi, entahlah. Seems like hoping is the only thing that I am capable of.

Aku rasa aku deserve menerima fate macam ni. Like girls so much tapi tak berani nak approach. Because aku tahu aku tak sempurna and aku tak akan dapat si dia. Aku pun ada past mistake yang made me believe that this is karma. What goes around comes around, you know? At the end of the day, she will always be somewhere in my heart because she is special in my eyes. She is that one in a million kind of girl that you only met once in your lifetime.

Here’s to you,

Happy Birthday yang ke 21.

Miss Independent.

Ciao.

(Westlife – If I Let You Go)

Kisah SkyNet dan John Connor

30.5.2009 6.45 a.m

Hari ni memang panas. Macam hari-hari sebelum ni. Tahap kepanasannya sampai aku tak boleh tahan. Almost everyday aku terasa heatwave yang melampaui limit badan aku. Ni pun baru sahaja lepas sembuh from batuk kering and strep throat. Guess the heat is just too much for me. Anyways, kali ni aku nak share view aku about satu lagi summer movie yang aku dah tengok. Selepas watch cerita Angels and Demons, aku ikuti cerita ni pula.



Terminator: Salvation. Tajuknya sahaja membuatkan aku sangat excited untuk mengikutinya. I am a fan of this particular fictional saga. Semua movie Terminator aku dah layan, from the first one, sampaila Rise of The Machines. Tidak lupa juga Sarah Connor Cronicles, siri TV yang ada di AXN channel 701 Astro. Cerita tentang the Connors up against the SkyNet memang sesuatu yang intriguing. Ini kerana ia berkisar tentang takdir or fate, serta a simple matter of man against the machines. The first two was a breakthrough in terms of teknologi grafik. The third one was fun. So, I was expecting a lot from this one. Dengan cast yang boleh tahan (John Connor was played by Christian Bale a.k.a Dark Knight) aku mengharapkan cerita yang menarik.

Lepas sahaja habis melihat cerita ni, tepat jam 2.15 p.m (aku tengok tayangan yang pukul 12.30 p.m) I was in a mixed reaction, so to speak. Action packed, memang. Tapi macam tak cukup la bilangan Terminator yang ada. Gagal memenuhi keinginan aku. Tapi jalan cerita memang solid la. Aku tak nak cakpa banyak pasal ceritanya, but it has Kyle Reese (bapak John Connor yang ada masa Terminator 1) dan sedikit glimpse about SkyNet yang sebenar. Nampak sangat ada sekuel nanti cerita ni sebab bnyak lagi persoalan yang perlu dijawab lagi.

In terms of graphics, there’s not much to be said. Kadang2, wasteland dalam cerita ni mengingatkan aku dengan cerita Resident Evil: Extinction. Entahla, bagi aku, kalau sesipa yang nak memang follow cerita Terminator, this is a must see movie. Tapi kalau yang baru nak kenal pun boleh tengok juga. But don’t put too much expectation on it. Rasa macam tak cukup kalau lepas tengok nanti.

Until then, banyak lagi summer movie aku nak tengok ni. Next, Insya Allah cerita Tarnsformers pula. That one, I cannot wait.

Ciao.