Monday, July 27, 2009

So far Shah Alam (events yang telah berlaku)

24.7.2009 9.30 a.m

Bertemu lagi kita setelah terlalu lama aku tidak menaip sebarang entri ke dalam blog ni. Bukannya apa, tahap sibuk yang sangat melampau membataskan limit dan tahap kekreatifan aku dalam melakukan tugas ini. Sesungguhnya Shah Alam dan degree is by far the toughest thing yang pernah aku alami sepanjang hidup aku. Even aku telah mengalami injury yang agak teruk last Saturday.



Tengok tu. 7 stitches needed to close that nasty cut. Entah mengapa on that Saturday petang, aku boleh mengalami satu condition yang mana aku telah black out selama beberapa saat. Tak pasal-pasal aku dah berada dalam keadaan meniarap di lantai dan terasa kesakitan yang amat sangat. Lepas tu, ke hospital pukul 4 dan hanya mendapat rawatan pada pukul 10 malam. What the fish? Ini membuatkan aku sangat frustrated dengan kualiti health facility milik kerajaan negara ini. Tak efisien dan kompeten langsung. Kalau cut aku tu membesar macam mana? Siapa nak jawab.


Anyways a day before that fateful incident, aku dan beberapa rakan telah ke Shout Awards anjuran 8TV di Bukit Jalil. First live TV event yang aku hadiri. Overall it was a good show. Plenty of great acts. Kalau nak tengok aku, tengok ulangannya dan perhatikan betul-betul masa penyampaian awards. Aku adalah di antara yang berada di belakang melakukan isyarat-isyarat tangan yang pelik. Satu sahaja perkara aku nak comment. Aku rasa crowd malam tu agak mengecewakan. Tak excited apabila melihat local acts perform. Tapi bila Sean Kingston naik pentas, crowd went absolutely berserk. Nampak sangat bias terhadap produk tempatan.

So far Shah Alam agak mencabar. Makan boleh lagi. Kadar harga agak berpatutan dan bersesuaian dengan bajet mingguan aku. Assignment pula agak bercelaru. Still tak buat apapun lagi. Aku still trying to adjust dengan kehidupan degree. Hopefully this weekend ku akan dapat bertukar ke mode full on belajar ataupun study. No more games. Just work and work.

Well, tak ada lagi nak digembar-gemburkan.

Ciao.

Notakecil:

- Sakit hati sebab tak dapat tengok MU itu hari. Celaka PT tak keluar lagi masa tu.

- Akan ada live blog nanti, di mana I will give random thoughts on life ketika masa free di kampus, Thanks kasih to wireless.

- Jiwa rasa kosong sebab fixture bola tiada. Still, transfer news menjadi pengubat hati.

- Aku sangat rindu nak tengok wrestling. Tak berkesempatan lagi disebabkan kesibukan. Dah genap tiga minggu tak tengok proper wrestling show.

- Dalam MP3 aku ada Essential Michael Jackson. Dalam masa seminggu lagi rasanya aku boleh hafal semua lagu the late King of Pop.

- Sekarang baru aku betul-betul mengerti akan phrase ‘There’s no place like home’.

Thursday, July 23, 2009

Bz bz bz bz...

Ya..

Tahap ke'busy'an yang melampau membuatkan aku menghadapi writer's block..

Dahla injured pula tu...

Insya Allah once this problem is rectified..

Entri akan bersambung semula...

Tuesday, July 14, 2009

Start of Something new…

5.7.2009 11.08 p.m

Finally, after all said and done, dapat juga aku menulis entri ni. Bukannya malas nak menulis, tapi akhirnya aku berkesempatan juga to write after several days disebabkan kesibukan yang melampau sangat in preperation of degree. Hari ni berjaya juga aku mendaftarkan diri and I can now sure that aku adalah pelajar degree UiTM Shah Alam.

Today was hectic in ways that tak pernah aku bayangkan sebelum ni. Dengan all of the things dibuat last minute, kesemuanya perlu dilakukan secepat mungkin. Mujur aku ada family yang sedikit penyabar dalam mengharungi benda ni. Today dimulakan dengan mengambil cop pengesahan from Ketua Kampung yang terdekat di area yang aku tinggal. In this case, ketua kampung Cheras Baru. Thank god urusan tu agak cepat diselesaikan. It showed the efficiency of that ketua kampong sebab sehari sebelumnya, all the things yang memerlukan pengesahan dihantar tapi ketua kampung pergi meeting pula.

Selepas tu, pembayaran yuran pula dibuat. Nowadays, tak perlu lagi dilakukan secara manual, yakni menggunakan kaunter. ATM pun boleh digunakan. That is why I leave it late to do this. Tak payah suah-susah nak rushing bayar di kaunter, macam aku tengok students di Shah Alam buat masa hari Jumaat tempohari. Then, medical checkup pula. Days before, I did this damn thing but there was something wrong with air kencing aku. But after further test, it turned out to be fine. That certainly was a wake up call for me untuk menjalani lifestyle yang lebih sihat. Aku vow untuk mengurangkan kadar pengambilan makanan yang kurang berkhasiat. Contohnya macam Maggi Ayam, sesuatu yang aku selalu makan since aku kecil lagi.

Lepas tu barulah perjalanan ke Shah Alam boleh diteruskan. Gerak pukul 11.30 dan sampai di UiTM Shah Alam dalam pukul 1 macam tu. Pendaftaran was very smooth sebab masa aku daftar, orang sangat sedikit. So, in under 30 minutes dah settle. Habis sahaja pendaftaran, terus sahaja bergerak ke rumah sewa aku. It is a condo yang terletak betul-betul di hadapan Centro Mall, Klang. Which means that it is near Starbucks, Kenny Rogers and Sushi King. At least now, aku ada peluanguntuk meningkatkan kekerapan aktiviti online aku dengan adanya Starbucks. But still, aku contemplate untuk membeli broadband, sebab aku rasa Internet sangat diperlukan dalam degree nanti.

So, sampai di sini sahaja. Need to prepare for tomorrow. First day as a degree student.

Ciao.

Notakecil:

- Orang Malaysia nak beli Newcastle United. Bagi aku, a good move untuk pembangunan bolasepak Negara. Fancy one or two of our players to play in English football.

-Hopefully aku dapat duit PTPTN nanti. A lot of stuff needed for degree. Badly needed.

- Degree akan menjejaskan sedikit aku dalam mengikuti perkembangan wrestling world. Harap tak terjejas sangat.

- MU ambil Michael Owen. Pandangan aku, Mu baru sahaja mengambil pemain yang terbukti seorang natural scorer. So, kalau strikers utama MU kekeringan goals, tis guy can deliver the goods.

- The world telah kehilangan seorang yang bagi aku a genius in his field, yakni Michael Jackson. His music and legacy will live on forever.