Monday, July 27, 2009

So far Shah Alam (events yang telah berlaku)

24.7.2009 9.30 a.m

Bertemu lagi kita setelah terlalu lama aku tidak menaip sebarang entri ke dalam blog ni. Bukannya apa, tahap sibuk yang sangat melampau membataskan limit dan tahap kekreatifan aku dalam melakukan tugas ini. Sesungguhnya Shah Alam dan degree is by far the toughest thing yang pernah aku alami sepanjang hidup aku. Even aku telah mengalami injury yang agak teruk last Saturday.



Tengok tu. 7 stitches needed to close that nasty cut. Entah mengapa on that Saturday petang, aku boleh mengalami satu condition yang mana aku telah black out selama beberapa saat. Tak pasal-pasal aku dah berada dalam keadaan meniarap di lantai dan terasa kesakitan yang amat sangat. Lepas tu, ke hospital pukul 4 dan hanya mendapat rawatan pada pukul 10 malam. What the fish? Ini membuatkan aku sangat frustrated dengan kualiti health facility milik kerajaan negara ini. Tak efisien dan kompeten langsung. Kalau cut aku tu membesar macam mana? Siapa nak jawab.


Anyways a day before that fateful incident, aku dan beberapa rakan telah ke Shout Awards anjuran 8TV di Bukit Jalil. First live TV event yang aku hadiri. Overall it was a good show. Plenty of great acts. Kalau nak tengok aku, tengok ulangannya dan perhatikan betul-betul masa penyampaian awards. Aku adalah di antara yang berada di belakang melakukan isyarat-isyarat tangan yang pelik. Satu sahaja perkara aku nak comment. Aku rasa crowd malam tu agak mengecewakan. Tak excited apabila melihat local acts perform. Tapi bila Sean Kingston naik pentas, crowd went absolutely berserk. Nampak sangat bias terhadap produk tempatan.

So far Shah Alam agak mencabar. Makan boleh lagi. Kadar harga agak berpatutan dan bersesuaian dengan bajet mingguan aku. Assignment pula agak bercelaru. Still tak buat apapun lagi. Aku still trying to adjust dengan kehidupan degree. Hopefully this weekend ku akan dapat bertukar ke mode full on belajar ataupun study. No more games. Just work and work.

Well, tak ada lagi nak digembar-gemburkan.

Ciao.

Notakecil:

- Sakit hati sebab tak dapat tengok MU itu hari. Celaka PT tak keluar lagi masa tu.

- Akan ada live blog nanti, di mana I will give random thoughts on life ketika masa free di kampus, Thanks kasih to wireless.

- Jiwa rasa kosong sebab fixture bola tiada. Still, transfer news menjadi pengubat hati.

- Aku sangat rindu nak tengok wrestling. Tak berkesempatan lagi disebabkan kesibukan. Dah genap tiga minggu tak tengok proper wrestling show.

- Dalam MP3 aku ada Essential Michael Jackson. Dalam masa seminggu lagi rasanya aku boleh hafal semua lagu the late King of Pop.

- Sekarang baru aku betul-betul mengerti akan phrase ‘There’s no place like home’.

No comments:

Post a Comment