Monday, February 16, 2009

Hidup ini memang depressing, kalau tak ada kelas

13.2.2009

Masa aku tengah tulis blog ni, I’m at home in my room with nothing to do. Sangat depressing. Agaknya itula downside kalau ada satu kelas sahaja setiap minggu. Semester ni, aku Cuma belajar pasal translation sahaja. Lepas tu, ada Industrial Project yang harus dilaksanakan. Memang bosan. 6 hari relax dan Cuma satu hari sahaja kelas. Mana tak depressing.

Lagi satu downside of having satu kelas is tak dapat jumpa classmates sekerap yang dulu. Semester2 sebelum ni hamper setiap hari ada kelas. Agak fun sebab classmates aku agak havoc juga. Terutama yang lelaki. Nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut. Sekarang nak jumpa pun susah sebab semua tinggal jauh2. Yang duduk dalam dua tiga orang. Yang duduk luar pula duduk jauh2. Aku terasa yang class aku semakin tak unite. Walaupun dulu adala juga dua tiga orang yang boleh aku kategorikan sebagai penggangu keharmonian kelas. Tapi bagi aku mereka semua still classmates aku yang aku hormati. Gesture mereka yang sanggup datang ke kampung aku di Muar semasa kematian mak aku takkan aku lupakan sampai bila2. Walaupun mereka kutuk2 aku dari belakang pun aku tak kisah. Sebab deep inside all of them, lies very caring hearts.

Bercerita tentang classmates, some of them are really close with me and are a very crazy bunch of people. Selalu buat kelakar yang amat kelakar. Aku rasa kalau Raja Lawak bagi buat semua jenis lawak yang ada dalam planet ni, for sure diorang menang hands down. Yang tak berapa rapat dengan aku pun ok sebenarnya. Bayar duit on time, dan macam2 lagi. Sebagai class rep aku memang puas hatila.

Sebelum ni aku ada cakap pasal pengganggu keharmonian kat dalam kelas. Adala dua tiga orang. Bila mereka ni ada sahaja keadaaan dalam kelas macam kurang havoc dan ceria. Tapi masa diorang ni tak ada, punyala happy keadaan kelas. Mereka ni bukan aku tak suka, Cuma maybe perangai diorang tak berapa nak compatible dengan the rest of the class. So, last semester ni aku harap diorang semua, satu kelas bury the hatches, kiss and makeup, bak kata orang putih. Sebab dah enam semester bersamaan dengan tiga tahun belajar bersama. Takkan tak terdetik rasa sedih kalau semester ni menutup tirai? Now that’s the question that one should answer.

Well, lapar pula perut aku ini. Nak makan makanan sekejap.

Ciao.

No comments:

Post a Comment