Tuesday, May 19, 2009

(Sepak Bola) Glory-Glory Man United!


17.5.2009 10.19 a.m

Semalam, buat kali ketiga berturut-turut, pasukan yang aku support, yakni Manchester United Football Club Berjaya memenangi Barclays Premier League. Aku tak tahu kenapa, tapi hanya ada this season yang aku feel yang akhirnya, aku menjadi seorang yang true Man U fan. I did not say yang aku tak pernah support team ni, Cuma this season, aku jadi sedikit passionate dengan team ni.

Aku sebenarnya dah lama support Red Devils ni, sejak zaman kebangkitan pemain-pemain muda bawah Sir Alex dulu. Ala, players like Beckham, Giggs, Scholes, Butt, adik-beradik Neville serta beberapa lagi players yang aku tak dapat recall. Aku terus menjadi peminat (belum true lagi) masa zaman treble tahun 98/99. I still remember that dramatic winner during the Uefa Champions League final. Selama 90 minit aku dah lost hope, tapi kemudiannya dua gol injury time dari Sheringham dan Solskjaer mengangkat Red Devils menjadi juara Eropah. Kejayaan ini Berjaya diulangi musim lepas with another dramatic win, this time a penalty shootout against Chelsea. It was one of those rare nights whereby aku tak tidur langsung. Terlalu happy menyaksikan kemenangan United.

This season, aku akhirnya menjadi seorang yang true menyokong Man U. One of the factors yang mungkin menyumbang kepada this thing, aku rasa sebab penyokong Liverpool kot. Berlagak sangat support team mereka. Akhirnya, pulang dengan tangan kosong lagi walaupun Berjaya melakukan double ke atas team Red Devils. Ceh, harap menang Cup lain tapi League masih belum lagi didakap walaupun dah hampir 20 tahun berlalu sejak kejayaan terakhir.

Aku percaya, skuad yang telah Sir Alex pick this season adalah yang terbaik dalam sejarah Man U, given that they beat Barcelona dalam final Champions League tahun ni. Satu perkara yang aku sangat berharap akan terjadi. This season defense United sangat solid, eventhough berubah-ubah sepanjang musim. Rafael Da Silva is a breath of fresh air, seorang right back muda yang sangat talented. Begitu juga Jonny Evans yang berjaya membuktikan yang he can work well with both Vidic and Ferdinand. Pemain defense yang lain pun harus dipuji walaupun tanpa Wes Brown dan Gary Neville hamper the whole season.

In my opinion, midfield United adalah yang paling well balanced dalam dunia bola sepak sekarang. Ada experience with the presence of Scholes dan Giggs. Ada tenacity dan ketahanan yang tinggi, disumbangkan oleh Anderson dan Fletcher. Juga sedikit intelligence play melalui Carrick. Serta workload yang tinggi, provided by Park Ji Sung. Dalam setiap perlawanan, jarang aku tengok Sir Alex menurunkan midfield yang sama untuk dua straight matches. Lagi satu, midfielders United sangat adapt dalam interchanging position between them, membuktikan element of versatility dalam team ni.

Mesti ada yang pelik kenapa pemain no 7 a.k.a Cristiano Ronaldo tak ada dalam perenggan di atas. Ini kerana aku letak Ronaldo sebagai antara pemain penyerang bagi United. In several occasions this season, Ronaldo ditugaskan menjadi lone striker dan terbukti, he can do that job. Rooney is solid as ever this season, walaupun sering menjadi left winger. Pembelian Berbatov, for me was a good buy because he has been the ideal target man untuk United. Tevez juga menjadi seorang striker yang pivotal this season, scoring crucial goals this season. Satu lagi perkara yang menarik bagi aku adalah the emergence of young talented strikers in Danny Wellbeck dan Federico Macheda.

Harap-harap this season, United akan menang Champions League dan menjadi pasukan pertama dalam sejarah competition tu yang retain the title. Bagi aku, Barcelona sangat lucky during the semi final against Chelsea. Mereka hanya layak disebabkan beberapa referee’s decisons yang sangat teruk. Kalau referee tu tak teruk, masakan tiga kapten pasukan negara (Drogba, Ballack and Terry) menyirap dengan referee lepas match tu. Lagi satu, bagi aku Barca agak sukar bermain menentang pasukan yang ada defence yang sangat organized dan berdisiplin. It is up to Man U and its strikers to deliver the goods come 28th May.

Glory2 Man United!!

Ciao.

Notakecil:

- Harapfully 26 haribulan ni aku ada rezeki untuk naik ke Genting. Dah terbayang keseronokan menaiki rides di sana.

-Moving on with life is so difficult without thinking of her. Que lagu Westlife, If I Let You Go.

-Nak letak gambar menarik dalam entries akan dating, Insya Allah.

- Movie tak tengok-tengok lagi. Bukannya apa, kewangan yang tidak menentu membantutkan harapan. Aku rasa I will end up watching Night at The Museum 2 juga ni.

No comments:

Post a Comment