Monday, May 4, 2009

Menghadapi final exams...

2.5.2009 9.55 p.m

Akhirnya, aku 'terkembali' ke UiTM atas urusan yang tak dapat dielakkan. Ada ke boleh terlupa printer tertinggal di rumah sewa? Nampak sangat aku tak prihatin. Anyways, kembalinya aku balik ke sini membuatkan aku terkenang zaman menghadapi final exams sejak aku part 1 sampai la ke part 6 sekarang ni. Entry kali ni aku nak berbicara sedikit tentang lumrah atau karenah students menghadapi finals.

Finals boleh dikatakan sebagai titik akhir perjalanan sesorang students setelah menghadapi satu semester yang panjang. But, these hurdles are far more tougher than one could think. Ia adalah kayu pengukur sama ada student itu cemerlang atau repeat paper subjek tersebut. Bagi aku, ada beberapa kategori students yang menghadapi final exams. Namun aku akan group them menikut tiga kategori utama.

a) Gila exams

Golongan ni sangat jarang dapat aku lihat. Mereka ni akan prepare habis-habisan dalam mengahdapi paper finals. Tak kiral subjek apapun, Tumpuan harus 100%. No playing around. Lokasi kegemaran masa finals sudah smestinya library. Kalau boleh nak tidur sahaja di sana, sebab blok banyak distraction. Walaupun papers yang dihadapi mempunyai gap yang panjang, tumpuan masih ke arah exam. Kononnya nak study habis-habisan. Kebnayakan dari mereka mendapat DL, paling teruk pun pointer yang tinggi (3.20 ke atas). Senang cerita, masa finals is where the works are.

b) Moderate

Golongan ni boleh dikatakan yang kedua terbesar di kalangan students. Study masih study, tapi diselang selikan dengan aktiviti riadah yang lain, sebagai contoh menonoton movie, main games dan sebagainya. Ada time belajar, ada time main. Aku boleh dikategorikan dalam golongan ini. Gap papers yang panjang diisi dengan aktiviti pulang ke rumah. Buat apa nak lepak di sini? Sebab finals adalah antara masa yang paling boring dalm hidup seorang student. Sistematik juga golongan ni. Result may vary, dari teruk ke cemerlang, bergantung kepada individu.

c) Last minute

Golongan terbesar di kalangan pelajar. Study dianggap sebagai satu perkara yang remeh dan tidak diambil berat. Masa lebih diluangkan dengan aktiviti riadah. Bagi mereka, masa finals adalah masa untuk merehatkan diri selepas mengharungi semester yang penuh mencabar. Kalu boleh nak papers yang gap maha panjang, baru boleh enjoy. Hanya akan study dalam 48 jam sebelum exam. Keyakinan diri kurang dalam golongan ni, sebab jarang melekat ilmu pada otak. Last minute la katakan. Jarang aku dengar golongan ni mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau yang cemerlang tu biasanya golongan yang genius otaknya. Yang tak genius tu sama ada akan dismissed atau yang paling ringan, repeat balik paper tersebut.

Fuh, bagi aku itulah golongan-golongan orang yang menghadapi finals. Itu tak termasuk sub golongan lagi. Kalau dicampur lagi, mahu tak rekod dunia entry ni dari segi kepanjangannya. Insyaallah kalu free akan aku bicarakan pasal benda tu.

Masa untuk mereformat komputer.

Ciao.

Notakecil:

-MU akan menang UCL dan BPL this season. Percayala.

-Masih mencari kerja. Kenapa la kerja part time ni susah untuk dicari?

-Piala FA antara Kelantan dan Selangor membuktikan orang Malaysia masih passionate tentang bola sepak tempatan. Sayangnya, kualiti macam main di kampung sahaja. Sedih.

-Still thinking of her. Damn it, I need to get on with my life. Perhaps finding a new one will help. But that will be hard indeed.

No comments:

Post a Comment