10.13 a.m 25.5.2010
In my own private space of the open world
Dalam kesamaran itu
Aku masih mencari
Apa ertinya kasih
Apa ertinya sayang
Di dunia ini yang semakin gelap
Dengan kebencian
Dengan kedendaman
Dengan keganasan
Di manakah kemanusiaan kita hari ini?
Masing-masing dengan alpa dengan duniawi
Semua mengejar kemewahan yang tidak hakiki
Mengejar kekuasaan yang tidak berpanjangan
Kerana apabila hayatnya dicabut
Hilanglah semua itu dan terus luput
Dek kerana Yang Maha Kuasa
Namun begitu aku masih bersyukur
Kerana aku masih hidup dengan prinsip
Tanpa ada rasa benci dan dendam
Tapi penuh kasih dan sayang
Terhadap semua yang ada di sekeliling faunaku
Hentikan segala kegelapan dalam hatimu
Kerana hanya cahaya terang yang wajar ada di situ
KOMED MEET & GREET
7 years ago
No comments:
Post a Comment